Sunday, December 26, 2010

Wayang Bersama Kak Limah

Erm..disebabkan keboringan bila cuti dekat kolej, aku telah fikir masak-masak untuk keluar berjalan-jalan semalam..hahaha..macam pikir apelak..aku dengan dua orang member aku..kitaorang pergi The Mines, malas nak jauh-jauh, cari je wayang yang paling dekat, kalau nak pergi Mid Valley, jauh sikit la..malas la pulak, boleh jimat skit kos..kitaorang tengok cerita Hantu Kak Limah Balik Rumah, sebab ramai yang cakap cerita ni best..tu yang nak tengok tu, cerita ni tak seram pun, cerita ni cerita hantu kelakar..sebenarnya, aku kalau tengok wayang tak suka nak tengok cerita melayu, lebih suka cerita luar negara punya, bukan aku tak nak sokong cerita melayu kita tapi nanti tetiba dah keluar dekat tv, tu yang malas nak tengok dekat wayang..okey aku nak komen sikit cerita ni, agak sedikit boring la sebab tak ada jalan cerita yang sempurna, kelakarnya pun tak banyak bagi aku la, aku bab-bab cerita kelakar ni demand sikit, orang tengok gelak gile. aku tak gelak pun..pelik dengan diri sendiri..hahahaha..berjalan ni duit aku banyak habis dekat makan, sebab aku suka makan..hehehe..pape pun siapa-siapa yang dah pernah tengok cerita ni, sila beri sikit pendapat anda..yang belum tengok boleh pergi tengok sekarang ye..


p/s: aku just bagi 2setengh bintang jew dari 5..