Wednesday, February 18, 2015

Praktikal : Report Oh Report!

Assalamualaikum..


okey pratikal dal settle kena buat report pulak.. adoy bole tahan dasyat gak penangan nak buat benda alah ni, lagi nak mengingat apa yang kita buat dari awal praktikal. lagi satunya aku kat rumah ni kerja lambat sikit nak jalan, entah perangai ni memang dari sekolah. sebab orang dah biasa duduk asrama kot.

lagipun sekarang hal rumah aku nak kena handle agak serabut la jugak. lagi nak mengemas rumah yang berminggu takde orang pun satu hal lagi, kadang aku buat je mana mampu simple-simple dulu janji tak nampak bersepah teruk walaupun mata ni sakit je menengoknya. bilik aku pun join gak bersepah, haha memang jenis kalau buat kerja tu kalau tak bersepah tu macam tak normal untuk seorang aku. dia macam kepuasan la camtu.he



sekarang dah tinggal lagi 25 peratus la camtu nak di taip.. aku mintak EBH tolong cekkan ejaan, sebab aku ni kaki typo sikit. haha. biarkan sekolah cuti tapi aku bagi dia kerja.. lalala.. 

berapa hari dah ni tidur lambat, habis mata tak cantik dah.. okey la nak sambung balik menaip report. zzzzzz.




Sunday, February 15, 2015

Praktikal : Tamat Jua Akhirnya

Assalamualaikum..

alhamdulillah, selesai dah praktikal aku selama tiga bulan. sekarang nak fokus untuk buat report bagi dekat pensyarah pulak.. adoy part nak menaip ni bercinta pulak.. dah la minimum 50 page. fuuhh.. tapi tak boleh malas kena rajin, markah penyelia kat tempat kerja dah okey, so kena buat betul-betul untuk bagi pensyarah. baru dapat A nanti..he

macam-macam aku belajar time praktikal ni, dugaan tu tak payah cakap dasyat agaknye. hihi. alhamdulillah masih boleh hadapi dengan cool, da n juga berjaya tamatkan dengan baik.. dapat markah baik.. walaupun bos kitorang pelik-pelik la perangai.. haha

hari terakhir kat opis, datang semata kak intan nak masakkan nasi minyak untuk kitorang. laju jelakan makan free.. aku dah la memang suka nasi minyak.. gigih kak intan nak masakkan untuk kitorang, mekasih! dah la selalu belanja makan, selalu bercerita, adakala jadi tukang nasihat tak berbayar kami.. kat opis tu dia sorang rajin melayan kami ha.. hehe. makumlah lagi pun dia sorang je wanita kat opis tu, lain semua lelaki. so bila kitorang dah takde ni kesepian la dia. takde kawan ajak gosip.. will miss u la kakak!!


wefie sebelum makan itu perlu lagi-lagi last day makan sama kat opis.



time ni nak balik dah, sedih dah nak berpisah.


kenangan. time ni kak intan jadi makeup artis kitorang, gigih melayan adik-adik. power jugak keh dia makeup, aku nak makeup orang memang tak la, tak menjadi. haha. reti makeup diri sendiri sajoo..


keje dah siap bergambar la kite.. haha. time ni ready nak lompat, kamera dah pacak siap set timer.. haha gigih nak dapatkan gambar time kat udara.. seronok betul time ni, gelak tak hingat dunyaa betul. orang lalu lalang pun dulik ahh! mak orang sorang ni pun sporting gila. aku rasa aku ada anak pun nanti tak boleh nak buang perangai gila aku ni, haha. baru syokkkan? takkan dah jadi mak orang kena jadi skema. hidup kena enjoy! akhirat jangan lupa. K.


dan lagi sorang yang akan ku rindui. dak tecik ni. pipaaa! last day hari tu tak berkesempatan nak jumpa. budak paling behave. bawak pi shooting elok je tak nangis, dah la panas, dia elok je.. bagus betul la pipa ni, merengek pun kalau kitorang dok gosip tak layan dia.. hahaha.. jeles letew tak layan dia.. mohon anak aku nanti behava camni gak,.hihi.. muah2! 



p/s: orang yang takde kaitan darah dengan kita kadang layan kita lagi baik yang ada darah.

Thursday, February 12, 2015

Unbroken. Reunion

Assalamualaikum..

semalam aku reunion dengan budak kelas. reunion sangat. haha. kengkonon. maklumlah berbulan tak jumpakan..walhal  tiga bulan je.. ceh...hihi.. ni kebetulan nak jumpa pensyarah so alang-alang ramai ada dah time ni teruslah lepak sama.. kitorang lepak the mines je dekat dengan kolej, tengok wayang. makan-makan. sembang-sembang..


7 orang belum ramai lagi. sebelum ni aku pernah pergi lepak lagi ramai. he. kitorang pilih cerita UNBROKEN. nanti kat bawah aku review sikit  ye pasal cerita ni, best ke tak.. :)


disebabkan kitorang sampai dalam tengahhari memang tuju makan dululah sebab masing-masing dah kebulur, tiket ambil pukul 3.45 so adalah masa panjang nak lepak makan menyembang bagai.. kiorang lepak dekat texas chicken.. dari penuh kedai dengan orang sampai kosong kitorang duduk bersembang dalam tu.. riuh macam kedai mamak dah kitorang buat. haha. kemain main flasback benda kelakar, meriah gila gelak kot..! tak kisah dah orang sekeliling.

lagi-lagi member aku semua jenis gelak meriah, haha lagi seronok lakan cerita dia. ni berapa bulan tak jumpa. belum bertahun lagi..haha.


sebenarnya aku dengan mus (shawl hitam) je yang berbulan tak jumpa dorang. yang lain semua hari-hari jumpa sebab sama tempat praktikal.. tapi meriah jumpa pun macam bukan hari-hari jumpa.. sembang kemain..haha.. seronok lepak dengan korang woii! nanti kite deal bercuti pulak kehh!!


=D


okey.. cerita lepak dah habis. aku nak review sikit movie yang kitorang tengok semalam..
UNBROKEN.. sebenarnya nak tengok cerita lain, tapi cerita tu takde so kitorang dok search la cerita unbroken ni dengan jupiter. bincang-bincang ambil cerita ni, aku risau gak tak best sebab aku kalau nak tengok movie biasanya akan study dulu, kalau main terjah biasanya cerita tak best.. gitew, tapi kali ni redah jela. lagi pun niat sebab nak lepak dengan member. cerita tak best tu tolak tepilah.

unbroken ni cerita pasal perang, ni satu hal aku risau sebab aku tak suka tengok cerita perang. tapi serius cerita ni tak mengecewakan! watak utama cerita ni Louis Zamperini, dia askar dan dia seorang atlet lumba lari. abang dia penyebab utama kejayaan dia sebab masa kecik dia selalu kena buli dengan kawan-kawan dia.. dan dia tak yakin dengan kebolehan dia, tapi rupanya dia pelumba terbaik. dan satu hari dia dengan team dia kena pergi misi menyelamat, dan tiba-tiba jet dorang terhempas tengah laut. tiga orang je hidup time tu.

bila dah tengah laut dorang memang kena survive hidup semua.. lama keh sebulan lebih,scene ni pun best keh... sampailah dorang terhanyut dekat kapal jepun.. kat situ kena seksa lagi dan.. okey aku cerita sampai sini je lah ye.. tapi paling best cerita ni adalah kisah benar. dan dia arah oleh Angelina Jolie.. respect! cerita ni memang best tak rugi korang tengok.

4.5/5 bintang untuk Louis dan Angie.




p/s: cantik tak design baru blog aku? hihi.. nanti aku buat entry tentang ni keh.

Monday, February 9, 2015

Hai Suami Ku Encik Perfect 10!

Assalamualaikum.

dah lama aku tak cerita kat blog pasal movie yang aku tengok dekat wayang. banyak dah sebenarnya tapi cerita tu simpan wat kenangan jela, nak semat dalam entry blok tak berkesempatan. banyak sangat aku kerja luar, duduk opis pun ada kerja.. 

hari ni pun tetiba rajin nak cerita.hee. hari tu lepas shooting sesorang.. sesorang ye. aku ni dah la pemalu, tebalkan la muka sorang-sorang. mus balik pahang kakak dia kawen so tabahlah aku seorang diri. dah selesai tu aku malas nak terus balik rumah sewa, awal lagi pun masa time tu. aku singgah The Mines kejap, dah lama tak menyinggah. sejak aku duduk subang ni memang tak la nak ke mines punyalah jauh. subang ada banyak mall lain yang lagi best yang dekat gila sampai dah.. yang dekat tu bukan satu dua, banyak! haaha

tujuan paling utama aku nak ke the mines ni adalah sebab kat sini ada kedai takoyaki sedap. lama gila aku craving keh takoyaki, sebab aku tak jumpa lagi yang sedap selain dekat Mines ni. tapi aku  dapat kecewa je, sebab kedai tu tak wujud dah.. hmm sedih.. tak tahu kenapa tutup, tukar jadi kedai lain. telan air liur jela aku. so sebab takoyaki takde aku pergi la makan texas chicken, dah pusing-pusing dan makan tak tahu nak buat apa. sebab aku jalan sorang-sorang. dalam hati teringin nak tengok wayang, tapi  yakin tak yakin je sebab pernah sekali aku tengok wayang sorang-sorang dan terasa bosan diri ini.

tu yang nak try yang kedua kali macam tak yakin.. tapi nak balik awal macam bosan, last-last aku pergi beli tiket jugak. haha. dan pilih cerita SEP10. sebab time tu cerita ni je nampak macam menarik, walaupun sebenarnya  aku tak suka nak layan cerita melayu kat wayang, lagi satu rasa macam membazir. tapi last-last aku pilih jugak cerita melayu. kah. malas nak pilih cerita yang berat sebab layan sorang-sorangkan, so kita pilih yang santai-santai je.


sembang dengan EBH aku cakap nak tengok cerita ni, dia kata nanti aku nangis sebab ada scene nangis dalam movie ni. konon! haha. tapi bila aku tengok dari awal sampai akhir aku dok gelak je tengok.. pastu dia putar belit cerita pulak kenapa aku tengok tak nangis.. haha geram betul!

okey untuk apa yang aku rasa dengan movie ni. adalah tak rugi duit aku bayar tiket, jarang tau nak rasa best dengan cerita melayu.. kah! dari awal cerita sampai akhir ada je scene yang aku ketawa, bukan aku sorang je ketawa penonton lain dalam wayang pun kemain meriah ketawa.. dah la aku pergi time hari kerja memang seornok la silang kaki kat dalam wayang sebab orang tak ramai.. memang santai walaupun aku tengok sorang, tak rasa pun masa lambat berlalu. lakonan lisa dengan aaron memang best. jalan cerita pun nice.

so siapa belum tengok boleh try la pergi tengok, buat masa ni kenalan aku yang dah pergi tengok semua kata best. dan sekarang membuktikan aku seorang yang boleh layan wayang sorang-sorang. tapi kena dengan cerita yang sesuai.ngee..

4/5 bintang aku bagi!



Wednesday, February 4, 2015

Kerana Lepak Mall Tengok Wayang adalah To Mainstream

Assalamualaikum..

pergghh sebulan rupanya aku tak update blog. kisahnya adalah sebab malas.. haha. walaupun banyak benda yang aku nak cerita, tapi simpan jela dulu ye ceritanya. entry kali ni gigihlah aku nak cerita sebab keluar jalan dengan En Buah Hati. kalau tak jangan harap sepantas ini aku nak buat entry baru..hehe.


sebenarnya dating kali ni tak rancang pun. haha. tiba-tiba jer.. sebabnya adalah kes En Buah Hati kata nak botakkan rambut, aku ni tak suka lelaki botak so cepat-cepat aku bidas tak payah! haha. pastu dia cakap takpelah bukan nak jumpa dah pun, kalau dia botak.. sembang punya sembang dan kebetulan semalam cuti thaipusam. terus deal nak jumpa.. lagi pun EBH kebetulan nak keluar pergi beli laptop baru so alang-alang aku temankan la sekali..hee

kalau tak dia nak turun KL, tapi atas halangan-halangan yang tertentu kitorang deal aku turun ipoh! hehe.. asik dia je turun jauh-jauh jumpa aku, meh giliran aku pulak. walaupun dia berat hati nak kasi aku turun jauh2 tapi aku okey je. bukan selalu pun.. akukan tough! hehe


time teman dia beli laptop, aku macam biasa jadi tukang nasihat tak berbayar tok dia.. walaupun memula kononnya tak nak masuk campur. haha. bila dah masuk campur, habis semua tips keluar..so dapat la sebijik laptop jenama lenovo macam aku.. jenama je sama, jenis beza. hee


lepas dah beli laptop EBH bawak aku jalan-jalan kat perak.. yeehuuu! serius rasa macam bercuti..hehe. seronok gila weh!!

tempat first EBH bawak perli KELLIE'S CASTLE.. siap suruh aku tutup mata lagi bila dah nak sampai sini. nak buat suprise tempat.. hehe.. dia kata nak bawak aku kat sini sebab nak bergambar puas-puas.. faham jekan aku ni kaki bergambar, memang seronok la sampai beteri fon habis.haha

view memang cantik nak bergambar, nak photoshoot wedding pun cantik.. serius. berjam jugak la kitorang dok pusing dalam ni.. walaupun panas terik ya ampun!! hehe tapi cuaca camni gambar memang jadi cantik sebab pencahayaan cukup. so kalau korang nak tahu apa sejarah KELLIE'S CASTLE silalah google ye, sebab aku malas nak cerita..haha dalam entry ni aku nak belanja gambar je.











lepas dah puas berjemur berpanas dekat KC. barulah perut nak rasa lapar, makan lepas tu EBH bawak pergi tempat lagi satu.. GUA TEMPURUNG. gua tempurung ni dia bukak dari pukul 9pagi sampai 4 petang je.. kiorang sampai dah pukul 6 tak salah. saje je nyinggah nak tengok tempat, lain kali baru datang untuk nak masuk..

motif utama adalah bergambar..haha




memang penat, tapi seronok. jalan-jalan camni lagi best dari lepak mall tengok wayang.. serius! thanks EBH penuhkan aktiviti kite bawak i jalan2.. nanti bawak tempat lain pulak tau..  I L U!!

di sebabkan penat sangat, bangun lambat pergi kerja.. haha..




p/s : nanti nak share sikitlah tips pergi KC dekat next entry..hehe