Friday, February 12, 2016

Dinner Date With Future Family For The First Time

Assalamualaikum.

awal februari aku banyak berlaku benda best. alhamdulillah. semoga banyak lagi benda best berlaku lepas ni. dalam hidup aku atau hidup korang. amin.

rabu malam lepas aku pergi makan steamboat. hehe. nak cerita bukan pasal makan steamboat tu, nak cerita pergi makan dengan sape tu yang lagi penting dan best, hal makan no dua. hehe. aku pergi makan dengan bakal mertua dan bakal ipar-ipar hehe. dorang datang dari perak pi jalan-jalan kat SCM pastu makan kat klang, dekat dengan tempat kerja aku plak. he  yang terujanya sebab kali pertama pergi dinner dengan dorang. dan kali kedua aku jumpa family En Buah Hati, kali pertama masa time merisik bulan 12 ritu. yang kali pertama tu takyah cakaplah segan dia macam mana oi. segan teruk dan rasa macam.. arghh apa perlu aku lakukan!!!! haha 

dan kali kedua ni segan jugaklah, tapi dah tak segan macam masa merisik ritu aku dah mula selesa dengan family EBH. dorang pun layan aku baik, terasa di sayangi lebih. hehe. yang ajak dinner ni pun bakal mak mertua. aww aww. 
nampak semangat makan. haha. aku tak biasa makan steamboat sebenarnya, ni firstime makan kat kedai sebelum ni makan orang wat majlis kat rumah. nak amek apa pun tak reti. hee. duduk sebelah bakal MIL dia asik letak makanan je kat pinggan aku. haha. sampai satu tahap memang aku tak boleh telah dah kalau telan rasa nak keluar balik, memang bersulam air wat telan makanan tu maksudnya kapasiti dah tak boleh nak masuk lagi makanan dan orang sebelah kiri aku tulah aku transfer makanan. hehe.


 mak dia kata aku makan sikit, rasa macam dah banyak tak tahulah. haha. mak dia kata aku kali ni nampak berisi sikit banding time merisik hari tu. erm erm. ini semua salah EBH suruh aku makan banyak-banyak. haha. tak kisahlah janji mak mertua sayang. lalalala

seronok aku tengok parents dia makan, lepas ni cari steamboat best-best bawak dorang pergi pulak. hehe. dah lama tak makan dengan family kat kedai macam ni. rasa macam dah 4/5 tahun kot, ke lebih seronok bonding time camni, aku suka. tapi bila dengan family EBH rasa pelik sikit sebab aku dah biasa family ramai dengan anak-anak buahnya, tapi kuar dengan family EBH tu jela. parents dia, kakak dan abang rasa macam ada yang tak datang, walhal memang tu jela. haha. 2 3 4 tahun nanti ramailah, tahun ni tambah sorang. kiki. :P
ni kakak dengan abang EBH, sori la kakak gambar ni je ada. adik akak yang snap tah pape. hehe. first time ni muka dorang masuk blog haha. lepas ni banyak la.
masa nak balik tu rasa macam nak ikot dorang je balik hutan melintang, sabar yatt sabar tak lama je lagi. gedikkan. kitorang datang asing-asing, jumpa kat masjid pastu abang dia dari shah alam jumpa kat kedai. masa nak balik tu mak dia soh tunggu aku gerak dulu baru dorang gerak. aww so suweetnyeeee. satunya dah la aku tak tahu dorang tunggu, aku gerak lambat sikit sebab tunggu waze lembab. erm erm, terasa di sayangi lagi. hehe.

thanks semua, thank mak ajak makan, thanks kakak belanja. thanks abang yang serius, thanks ayah geng tak makan sayur. hehe, thanks EBH untuk usaha awak. sayang semua!

ada rezeki nurul belanja pulak okey :*




p/s: masa tengok mak gelak-gelak seronok dapat makan steamboat sedap terbayang ibu, harap aku boleh tumpang kasih sayang dekat mak :)

Sunday, February 7, 2016

Tanda Cinta Suffian Buat Nurul

Assalamualaikum.

semalam dating dengan En Buah Hati sebab nak pergi cari cincin, nak pergi survey apa yang perlu untuk majlis kami nanti. hehe tak sangka dulu kalau dating pergi tengok wayang, jalan-jalan dalam mall. makan-makan, sembang-sembang. sekarang dating versi serius. haha takde la serius apa pun serius pergi cari barang hantaran. dan semalam dating sebab nak cari cincin tunang dengan nikah.

memula ingat aku nak pergi tempat dia, last-last tempat aku jugak, camne dah memasing duduk jauh jumpalah tengah-tengah. bertahun kawan camnilah kami besenya, tak EBH turun tempat aku, aku turun tempat dia, tapi dia la yang selalu turun tempat aku. bila banyak benda penting nak settle sama-sama dia macam susah sikitlah bila duduk jauh memasing nikan. takpe yang penting dah kawen nanti tak jejauh dah. heee.


cari cincin kat tg malim. mujur tanya kawan aku kedai emas mana, haha walaupun duduk sini dah bertahun tak pergi kedai emas kot. last 5,6 tahun yang lepas kot. tu pon sebab beli gelang dengan arwah ibu. barang-barang kemas ni bukan aku jenis beria sangat pun nak ada sebab mahal kot satu, dan tak minat sangat pon yang aku pakai rantai tu pun arwah ibu punya buah rantai je aku punya memang dari kecik pakai, gelang yang beli pakai time raya je. takot nak meriah sangat, Malaysia ni bukan aman sangat pon.

dan kali ni masuk kedai emas dengan bakal suami kitewww. hehehe. memula ingat nak beli cincin tunang je dulu, last-last beli nikah punya sekali. sebab senang sekali terus je beli, tunang punya aku pilih sendiri design dia sebab EBH kata tunang punya dia macam tak reti sangat nak pilih mana yang cantik, yang nikah dia pilih pastu aku tengok aku suka ke tak. tak sangka dia pandai pilih, dia pun tak sangka diri sendiri pandai pilih bab barang kemas ni. hee. mujur minat kami lebih kurang so takde lah gaduh nak pilih design. aku memang nak pilih sama-sama dengan apa yang dia suka, walaupun awalnya dia cakap pilih yang mana aku suka dia ikot je, tapi aku ajak pilih sama. memanglah aku yang pakai, tapi aku nak dia suka tengok aku pakai.

dan aku suka gilaa. berapa kali tah aku ulang pakai, belek-belek. bising EBH haha. siap sorok cincin tu, dia kata nanti kalau aku pakai je dah boring time masa betul untuk pakai nanti. haha mengarut betul. kalau dah suka takdenye nak bosanlah.

thanks buat saya happy sampai nangis kat kedai emas tu. mujur takde orang. haha. tak sangka ada orang yang sanggup wat camni kat aku. selalu cuba wat aku gembira... 

Tuesday, February 2, 2016

Main Guling-Guling Dengan Budak Bulus Di JohanAndHisCats Studio

Assalamualaikum..

hai blog yang bersawang.. hehe. lama betul tak update dua bulan, sebabnya aku dah kerja. alhamdulillah. dan rumah yang aku stay takde internet, dan kalau balik kampung pun takde wifi dah, nak pakai data? memang tak la. dan ni aku baru ada keinginan nak angkut laptop aku pergi mamak. dan mujur ada mamak depan rumah aku dan ada wifi, maka selepas ini mamak inilah tempat aku menukilankan ilham aku kat dalam blog ini. hehe

banyak sebenarnya cerita best dah terlepas aku nak cerita dalam blog ni. nak flash back tu mengambil masa gak tu. haha. tapi akan ku cuba. sebab ada benda best berlaku bulan 12 ritu. hee. apa dia? tunggulah entry siap okey.

okey entry kali ni aku nak cerita kisah hujung minggu lepas, aku pergi studio kucing!!!! memang ada plan nak pergi dan kebetulan member aku sorang tengah bersedih, dan teruslah aku ajak dia pergi main kucing kebetulan dia suka kucing dan studio yang baru ni pun dah siap.
nampak tak muka gembira lepas main dengan kucing, hehe. sebenarnya tak puas. rasa tak nak balik nak tidur kat situ bole? hahaha. sebenarnya rezeki kami hari ni dapat masa istimewa, dapat masa istimewa pun tak puas lagilah masa kebiasaan.hehe.

oh nak datang sini korang kena booked secara online kat http://www.johanandhiscats.com.my/ . pilih tarikh yang korang nak dan masa yang korang suka. bayaran hanya RM10 sajo. nak walkin boleh, tapi kalau korang sanggup amik risiko beratur lama, atau time tu dah penuh dan korang tak boleh masuk silakan. tapi nanti jangan bising-bising kat staf yang jaga situ pulak korang tak boleh masuk, pastu nak emo-emo bagai. dan korang yang tak booked online sapa suruh. ala macam korang nak pergi tengok wayang, kalau nak masa yang korang suka tu tak penuh hall tempah la online, takkan nak marah orang jaga kaunter nape tak boleh nak masukkan? so fikir-fikirkan lah ye.

aku bila tahu web untuk booked online dah boleh guna, dengan pantasnya aku booked okey. walaupun time tu internet tak sepantas tindakan aku. haha.
serius seronok dan best, dan gembira dan masa masuk-masuk je aku terus macam. arghhhhhh.. eeeeee... tuuu... ha camtulah perangai orang yang suka kucing ni. haha. korang tengok camne cantiknya studio kucing ni. camnelah nak tak rasa xnak balik, pastu nak tidur sini je. haha.

pastu dah lah staf okey, ada sorang staf ni gigih jawab sekor-sekor nama kucing yang kitorang tanya sambil tersenyum girang. seronok sangat tanya nama kucing nama brader tu lupa nak tanya, nanti kalau datang lagi nak tanyalah. eh!! haha
dengan semua kucing kitorang selfie, tak peduli orang sekeliling dah. haha. ingat nak ajak owner selfie sekali tapi dia busy kot time tu, so lepas ni nak ajak johan selfie sekali bole? hehe. :P serius lah memang akan nak datang lagi, kalau boleh sebulan sekalilah nak datang. ha over tak. hihi, belum sampai rumah dah rindu kat dorang camne. tapi memang tak menyesal datang, sesape yang tengah stress tu bolehlah datang sini main dengan budak bulus, terapi sangat.

oh ye jangan fikir aku ni memilih nak main kucing mahal je ye, tepi jalan taknak. tumbuk kang. selama aku hidup ni kucing-kucing kat rumah aku dari kecik sampai besar semua kucing kampung, ada yang aku kutip dari kolej lagi bawak balik rumah. yang baka kembang-kembang ni ada tu cuma orang je bagi, aku tak pernah beli kucing okey. hidup ni jangan mudah nak judge orang kalau kau tak tau situasi, mudah bukan?
okey dah aku belanja korang gambar aku dengan budak-budak bulus ni.
hye saya Kai, British Short Hair baka fav aku. mampu tengok dan pegang orang punya jela. sobs.hehe

hye saya Abu, tapi aku lagi sayangkan Abu Suffian akulah. eh!! haha ni baka apatah, brader tu kata kat Malaysia tak banyak lagi ada, wow. eksklusif tau you Abu. ehehe :P
ah Liam malas layan acik.
 ini cheezels. telinga penyek, aum aum.
 ini Pinocchio, hidung panjang. kaki seksi. kalau dia jalan dengan penuh jaga catwalk. haha.
 ni martin, sebelum tahu nama kitorang panggil dia karpet. cian martin nama best acik-acik panggil carpet. haha ni tengah main dengan dia la ni, tetibe elok telentang, acik wat bantal taulah. haha
Martin pandai buat lawak keh. tengok seronok acik-acik gelak. hehe.
tiap kali tengok gambar ni mesti aku gelak, tengok muka kai. haha. ops pisball ternampak pulak. 
 paling seksi kimK. manja, bila kita bercakap dengan dia. tangan dia urut-urut. hehe. acik rindu awak..

so korang nak pergi, pergi bukak link web yang aku bagi tu, cara-cara nak booked ada ajar dalam tu, tinggal baca je, jangan malas. muahh.